Antara Punca Kemarahan Meletus ;
Dimana Kesudahannya ?
Objektif Topik Ini :
Di akhir sesi perbincangan, anda dapat :-
(1) Fahami apakah itu emosi kemarahan dan jenis-jenis kemarahan.
(2) Hayati kewujudan emosi marah dan manfaatnya ;dan
(3) Mengaplikasi teknik mengurus kemarahan melalui ilmu Hipnoterapi.
Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan penonton semua. Apa khabar anda hari ini ? Isnin yang penuh ceria, semangat dan bertenaga. Mulakanlah hari anda dengan emosi yang merangsang jiwa dan minda anda secara sihat.
*Apakah apakah anda pernah mengalami situasi kemarahan 'melampau' ?
*Apakah anda pernah dimarahi oleh pasangan anda, majikan atau
orang sekeliling anda ?
orang sekeliling anda ?
*Apakah anda sedang mencari penyelesaian kepada 'masalah emosi marah anda ?'
Jika jawapan anda YA, tahniah kerana hari ini anda mempelajari ilmu berkaitan mengurus marah diri melalui ilmu Hipnoterapi.
Sekilas Berkaitan Ilmu Hipnoterapi ?
"Sebuah rawatan terapi yang menggunakan teknik-teknik hipnosis yang dilakukan keatas klien/pesakit secara rileks dan santai dengan menggunakan kekuatan 'BERBAHASA'' hingga masalah yang dihadapi oleh klien terlerai satu persatu. Hipnoterapi ini adalah gabungan dua ilmu iaitu Hipnosis dan Cognative Behavioural Therapy (CBT) menjadilah ia sebagai HIPNOTERAPI. (Ben Fadzil Hypnosis/Hypnotherapy School,2014).
Dr Milton H. Erikson, Pakar Dalam Bidang Hipnoterapi
(Buku Hope & Resiliency ;
Understanding the psychotherapeutic strategies of Milton H. Ericson, MD)
Pakar bagi bidang rawatan Hipnoterapi ini adalah Milton H.Erikson. Jika anda mendalami ilmu psikoterapi, NLP dan Hipnoterapi pasti anda menemui nama ini dan beliau amat tersohor di dalam bidang rawatan kejiwaan dan emosi menggunakan hipnoterapi. Hipnoterapi adalah selamat digunakan di dalam merawat kesakitan mental dan kejiwaan seseorang. British Medical Association, pada tahun 1958 mengiktiraf penggunaan Hipnoterapi di dalam bidang perubatan moden hinggalah ke hari ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKMM) mengiktiraf penggunaan psikoterapi dan hipnoterapi di dalam merawat emosi dan kejiwaan warga Malaysia.(Rujuk laman web kkmm, bahagian perubatan alternatif & komplementeri).Ayuh, kita kupas pula berkaitan kemarahan.
Mangsa Cemburu ?
Apa itu kemarahan ?
Kemarahan adalah perasaan kurang senang pada diri dan orang lain. Ada sahaja perkara yang tak puashati hingga membangkitkan kemarahan pada diri. Individu yang sukar mengawal kemarahannya, maka akan terkeluarlah 'kata-kata kesat' daripada mulutnya.
Bagaimana kemarahan berlaku ?
(1) Melalui kata-kata.
(2) Melalui perbuatan.
(3) Melalui bahasa badan.
3 Jenis Kemarahan ?
(1) Marah pada diri sendiri (jarang-jarang)
(2) Marah pada orang lain (kerap kali)
(3) Marah pada bukan orang (jarang-jarang)
Apa Yang Berlaku Apabila Anda Marah ?
(1) Degupan jantung meningkat.
(2) Mengalami ketegangan otot.
(3)Pernafasan menjadi cepat & pendek
Angkara Lidah Tidak Bertulang
Bagaimana Untuk Membuang Emosi Marah Yang Tersangkut Di Tubuh Anda ?
- Brush Off Kaedah Hipnoterapi-
(1) Tarik nafas dan hembus keluar nafas anda daripada mulut. (ulang sebanyak 3 kali).
(2) Pejamkan mata anda.
(3) Bayangkan tempat emosi marah itu berada. Apakah berada di kepala ? Di bahu ? Di Tangan ?
Di perut atau di kaki anda ? atau dimana emosi marah itu berada di bahagian tubuh badan anda ?
Besar atau kecil perasaan marah itu ? Warna kemarahan anda ? Bagaimana rasa marah anda ?
Degupan jantung anda saat marah ? Lihat, dengar dan rasa emosi marah anda.
(4) Kemudian, angkat tangan kanan anda dan letakkan dibahagian emosi marah anda. Kuis keluar
emosi marah tersebut dari bahagian tubuh anda hingga perasaan anda lega.....dan lega...
Rasakan diri anda tenang...dan tenang....
(5) Sekarang, perlahan-lahan bukalah mata anda.
"Bagaimana perasaan anda sekarang ? Hanya anda sahaja yang mengetahuinya."
Sebab itu, kita perlu mempelajari ilmu bagaimana untuk mengurus kemarahan diri agar ianya dapat dikawal dan diurus dengan lebih baik. Pelbagai program atau bengkel dilaksanakan demi memastikan warga Malaysia dapat menguasai ilmu berkaitan pengurusan kemarahan. Subjek seperti ini tidak terdapat di dalam silibus pembelajaran di sekolah mahupun di universiti. Maka, pastinya anda perlu mencari sendiri dimanakah anda mahu belajar ilmu seperti ini dan apakah manfaatnya pada kesihatan diri anda secara jangka panjang.
Jika anda mengalami siptom-siptom kemarahan diri atau ketidakstabilan emosi serta pemikiran, hubungi pakar kami bagi meleraikan kekusutan emosi diri anda :-
(1) Dr Ben Fadzil Mohd Salleh (KL): 012-2350404
(2) CHt Mustaqiim (Qiim) (Gombak) : 019-2044036
(3) CHt Khaeril Anuar (K) (Bangi) : 019-3897580
(4) CHt Nadia Yusof (PJ): 012-6114484
(5) CHt Norfadzrina (Subang) : 013-4257592
(6) CHt Mohsain (Singapura) : +6598456844
(7) CHt Faizal Kamal (Gombak): 019-6112962
(8) CHt Dr Jariah Abdullah (Kajang): 019-3845480
(9) CHt Fazmi Amyza ( Putrajaya/Ampang) : 012-2237420
(10) CHt Noor Fadzliana (Kuantan) : 019-5410485
NANTIKAN TOPIK MINGGU HADAPAN. PASTI MENGUJAKAN ANDA SEMUA.
SELAMAT BERAMAL.
En Qiim,
Pakar Klinikal Hipnoterapi
Pengisi Positif Pagi Isnin
Selamat Pagi Malaysia (SPM)
kurtman20@yahoo.com
www.klinikhipnoterapisec.webs.com
No comments:
Post a Comment