Sunday, 12 April 2015

SINOPSIS TOPIK "AURA IMEJ DIRI"

" LIHAT PADA DIRI ANDA SENDIRI"

SINOPSIS TOPIK : AURA IMEJ DIRI

Salam positif dari saya untuk anda semua. Alhamdulillah. Bertemu kembali di dalam ruangan pembelajaran positif pagi bersama saya Che Qiim, pakar hipnoterapi anda. Tahniah kerana anda telah 
menonton serta mengaplikasikan pembelajaran secara 'live' di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) setiap Isnin, jam 08.30 pagi. 

 [Bagaimana Anda Melihat Ke Dalam Diri Anda ?]

Apakah yang anda fikirkan tatkala mendengar perkataan 'Aura Imej Diri' ?  Apakah yang terlintas dibenak sanubari anda apabila ada rakan anda berkata pada anda, ' Awak ni jagalah imej diri awak. Pergi pejabat 'selekeh' aja. Jumpa rakan lama pun 'muka macam karipap tak siap. Sambut suami balik dari kerja 'rambut berserabai'. Apakah perasan anda saat itu ? Buat-buat tak dengar ? Rasa diri 'terlalu kecil' ? Hina ? Kecewa ? Rendah diri ? atau.... anda langsung tak ada rasa apa-apa ? atau bagaimana ?
 
[ Bayangkan Apabila Minda & Emosi Anda Berserabut Seperti Imej Di Atas ?]


Imej diri bagi seorang lelaki atau wanita adalah amat penting. Luaran menggambarkan apa yang ada 'di dalam diri anda'. Apakah tanggapan atau persepsi yang anda letakkan pada diri anda ? Jenis dan orang yang bagaimanakah diri anda sebenarnya dari kaca mata anda sendiri ? Nak imej diri dipandang baik dan hebat, maka urus MENTAL & EMOSI diri dulu baru 'terpancar aura' diri yang luar biasa. Apakah anda boleh menukar imej diri anda jika MENTAL & EMOSI anda BERSERABUT ? 


Kesemua persoalan diatas akan dihuraikan dengan lebih lanjut pada 13/04/2016 (Isnin), jam 08.30 pagi di dalam SEGMEN POSITIF PAGI , Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama saya dan tetamu undang khas yang memiliki kepakaran khusus di dalam bidang imej dan personaliti diri.

INGAT CHE QIIM, INGAT POSITIF PAGI

[POSITIF MINDA. POSITIF EMOSI. POSITIF TINDAKAN]

Che Qiim,
pakar hipnoterapi
www.klinikhipnoterapisec.webs.com
019-2044036

No comments:

Post a Comment