Sunday, 14 June 2015

TOPIK : MEMAKNAI ERTI REZEKI (PART 2)

' Ya Allah. Berikanlah KEYAKINAN DIRI yang MANTAP
kepada hambamu ini bagi mengundang rezeki yang HALAL & BARAKAH
sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Salam positif pagi dari saya untuk sidang pembaca sekalian.
Bertemu kita pada hari ini dengan topik
Memaknai Erti Rezeki (Bahagian 2).

Berikut adalah KISAH RM 48 yang saya ceritakan pagi tadi.
Kisah ini adalah sebuah KISAH BENAR dan MEMBERIKAN INSPIRASI 
yang amat MENDALAM buat DIRI saya dan ANDA.


#KISAH RM 48#

Satu pagi yang damai kelihatan seorang wanita berusia 53 tahun melangkah keluar dari rumahnya bagi menjemput rezeki dengan usahanya yang tersendiri. Wajahnya yang tenang, berkulit sawo matang dengan tenang melangkah ke tempat beliau bertugas. Jarak antara kediamannya dengan tempat beliau bertugas hanyalah 10 minit sahaja.

Berjalan kaki adalah rutin hariannya. Beliau memulakan langkah dengan niat agar kerja yang dilakukannya ini adalah sebagai ‘satu ibadah’. Wanita itu amat tabah menjalani kehidupannya bagi menjemput rezeki dan rezeki yang dijemput itu diurus dengan sebaiknya bagi mengurus keperluan anak bongsunya yang masih bersekolah.

Kehidupan wanita ini amat sederhana. Namun, Allah memudahkan jalan rezekinya dengan cara wanita tersebut membawa sedikit bekalan sama ada berupa sarapan pagi atau apa juga makanan yang boleh dirasai bersama oleh rakan sekerjanya.

Kebetulan pada hari itu, adalah hari lahir rakan sekerja beliau. Maka, wanita tersebut sempat membeli ‘sepotong kek’ dan ‘sedikit makanan’ untuk diberikan kepada rakannya di tempat kerja beliau. Wang yang ada ditangan beliau hanya ‘cukup-cukup’ sahaja. Namun, kegembiraan rakannya adalah menjadi keutamaan pada diri beliau. Apabila beliau merasa gembira dengan ‘apa yang beliau lakukan’ itu, maka dengan mudah pintu rezeki beliau ‘dibuka dengan luas olehNYA’.

“Tak pelah. Walaupun duit aku ni cukup-cukup sahaja. Insyallah, adalah rezeki yang lain tu”, kata beliau pada diri sendiri. Apa yang menjadikan hari itu adalah ‘satu keajaiban’ pada diri beliau adalah, setelah balik dari tempat kerja dengan ‘isi dompet’ yang ‘terhad’, beliau singgah di satu kedai untuk membeli minuman. Rasa haus menerjah ketekak beliau.  Beliau masuk ke kedai tersebut dan melihat serta memegang air minuman tersebut. Namun, duit di dalam dompet beliau ‘amat terhad’ dan memerlukan tambahan kewangan untuk memiliki air tersebut. Saat itu beliau merasakan ada gumpalan duit yang terjatuh dan berada di bawah tapak selipar beliau. Lantas, beliau mengambilnya dan beliau  memegang duit itu yang bernilai RM48. Hati beliau bertanya, “duit siapakah ini?”. Dalam keadaan ‘agak terdesak’ kerana kehausan, beliau mengambil RM 2.00 dari jumlah duit tersebut untuk membeli air bagi membasahkan tekak beliau.

Setelah itu, apa yang terjadi pada diri beliau adalah beliau tidak dapat tidur malam kerana mengenangkan peristiwa terjumpa duit itu dan telah menggunakannya untuk membasahkan tekak beliau. Rasa resah dan gelisah menerpa di benak pemikiran dan perasaan beliau. Hinggalah, pada keesokan hari, anak bongsu beliau bertanya apa yang berlaku pada diri beliau hingga tidak dapat tidur malam. Maka, wanita tersebut bercerita pada anakknya apakah perkara yang menjadikan dirinya serba salah. 

Serta merta, air mata beliau mengalir mengenangkan ‘sedikit dosa’ yang mungkin tidak menenangkan jiwanya. Lantas, anaknya berkata pada beliau agar menyerahkan duit tersebut pada anaknya dan anaknya menguruskan duit tersebut ke dalam tabung aman palestin. Beliau menggantikan kembali RM 2 yang beliau ambil  untuk membasahkan tekak kerana kehausan. Barulah tenang jiwa wanita tersebut. Walaupun duit yang terhad, namun hatinya tetap lapang. Tenang menjalani kehidupannya.  

 Ya Allah, mudahkanlah jalan rezeki wanita ini. Kau berkati hidup keluarganya. Jika apa yang beliau buat untuk menjemput rezeki dengan ikhlas keranaMU, maka kau terimalah amalan beliau. Mudahkanlah kehidupan anak-anak beliau di dunia dan akhirat. AMIN.

APAKAH YANG ANDA FIKIRKAN SETELAH MEMBACA KISAH INI ? HANYA ANDA YANG MENGETAHUINYA. LAKUKAN TINDAKAN KECIL DEMI PERUBAHAN KEHIDUPAN ANDA !

INGAT ! JIKA KITA MENDAHULUI PERINTAH ALLAH DALAM URUSAN HARIAN KITA, MAKA 
SECARA MUDAH JUGA ALLAH S.W.T MENYEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK KEHIDUPAN KITA.

MULAKAN LANGKAH DIRIMU UNTUK MERASAI CUKUP DENGAN NIKMAT YANG TUHAN
BERIKAN PADA RAMADHAN INI. 

[ POSITIF MINDA . POSITIF EMOSI . POSITIF TINDAKAN]

[Che Qiim]
Pakar Hipnoterapi
Jurulatih #NLP
Smart Excel Consultant
019-2044036
www.klinikhipnoterapisec.webs.com


 

Monday, 8 June 2015

TOPIK : MEMAKNAI ERTI SEBENAR REZEKI (PART1)

Topik : Erti Sebenar Rezeki

Salam positif dari saya untuk kalian semua. Alhamdulillah, bertemu kembali di dalam Segmen Positif Pagi bersama saya, Che Qiim (Penyampai Segmen Positif Pagi Isnin) anda. Terima kasih kerana para penonton sudi meluangkan masa bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan nilai diri melalui rancangan ini.  Segmen kali ini membicarakan berkaitan ERTI SEBENAR REZEKI dan BAGAIMANA KITA MEMAKNAI ERTI REZEKI PADA KEHIDUPAN KITA. 
Tinggal beberapa hari sahaja lagi SYABAAN meninggalkan kita dan RAMADHAN 
menemui kita pada 2015 ini. Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan.

Berikut adalah isi kandungan pembelajaran yang disampaikan pada hari ini
(Isnin,08/06/2015).

Slide 1

 Slide 2

Slide 3

 Slide 4

 Slide 5

 Slide 6

 Slide 7

 Slide 8

Slide 9

Insyallah, bertemu kita pada minggu hadapan. Di bahagian ke-2, saya bakal membawa 
KISAH RM 48 yang terjadi kepada seorang wanita dan bagaimana beliau menjalani kehidupannya dengan rezeki yang dicukupi oleh Allah s.w.t.
 Ingatlah ! Allah s.w.t sentiasa mencukupkan rezeki hamba-hambanya.
Tugas kita selaku hambanya, mestilah BERSYUKUR.
[SEMAKIN KITA BERSYUKUR, 
SEMAKIN ITU ALLAH TAMBAHI LAGI NIKMATNYA KEPADA KITA ].

[POSITIF MINDA. POSITIF EMOSI . POSITIF TINDAKAN]
#terbangtunduk#

Mufakkir illaih :
(Che Qiim)
Pakar Hipnoterapi & 
Psikoterapi NLP
www.smartexcelconsultant.weebly.com
019-2044036
kurtman20@yahoo.com