' Ya Allah. Berikanlah KEYAKINAN DIRI yang MANTAP
kepada hambamu ini bagi mengundang rezeki yang HALAL & BARAKAH
sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Salam positif pagi dari saya untuk sidang pembaca sekalian.
Bertemu kita pada hari ini dengan topik
Memaknai Erti Rezeki (Bahagian 2).
Berikut adalah KISAH RM 48 yang saya ceritakan pagi tadi.
Kisah ini adalah sebuah KISAH BENAR dan MEMBERIKAN INSPIRASI
yang amat MENDALAM buat DIRI saya dan ANDA.
#KISAH RM 48#
Satu pagi yang damai kelihatan seorang wanita
berusia 53 tahun melangkah keluar dari rumahnya bagi menjemput rezeki dengan
usahanya yang tersendiri. Wajahnya yang tenang, berkulit sawo matang dengan
tenang melangkah ke tempat beliau bertugas. Jarak antara kediamannya dengan
tempat beliau bertugas hanyalah 10 minit sahaja.
Berjalan kaki adalah rutin hariannya. Beliau
memulakan langkah dengan niat agar kerja yang dilakukannya ini adalah sebagai
‘satu ibadah’. Wanita itu amat tabah menjalani kehidupannya bagi menjemput
rezeki dan rezeki yang dijemput itu diurus dengan sebaiknya bagi mengurus
keperluan anak bongsunya yang masih bersekolah.
Kehidupan wanita ini amat sederhana. Namun, Allah memudahkan jalan rezekinya dengan cara wanita tersebut membawa sedikit
bekalan sama ada berupa sarapan pagi atau apa juga makanan yang boleh dirasai
bersama oleh rakan sekerjanya.
Kebetulan pada hari itu, adalah hari lahir
rakan sekerja beliau. Maka, wanita tersebut sempat membeli ‘sepotong kek’ dan
‘sedikit makanan’ untuk diberikan kepada rakannya di tempat kerja beliau. Wang
yang ada ditangan beliau hanya ‘cukup-cukup’ sahaja. Namun, kegembiraan
rakannya adalah menjadi keutamaan pada diri beliau. Apabila beliau merasa
gembira dengan ‘apa yang beliau lakukan’ itu, maka dengan mudah pintu rezeki
beliau ‘dibuka dengan luas olehNYA’.
“Tak pelah. Walaupun duit aku ni cukup-cukup
sahaja. Insyallah, adalah rezeki yang lain tu”, kata beliau pada diri sendiri. Apa
yang menjadikan hari itu adalah ‘satu keajaiban’ pada diri beliau adalah,
setelah balik dari tempat kerja dengan ‘isi dompet’ yang ‘terhad’, beliau
singgah di satu kedai untuk membeli minuman. Rasa haus menerjah ketekak
beliau. Beliau masuk ke kedai tersebut
dan melihat serta memegang air minuman tersebut. Namun, duit di dalam dompet
beliau ‘amat terhad’ dan memerlukan tambahan kewangan untuk memiliki air
tersebut. Saat itu beliau merasakan ada gumpalan duit yang terjatuh dan berada
di bawah tapak selipar beliau. Lantas, beliau mengambilnya dan beliau memegang duit itu yang bernilai RM48. Hati
beliau bertanya, “duit siapakah ini?”. Dalam keadaan ‘agak terdesak’ kerana
kehausan, beliau mengambil RM 2.00 dari jumlah duit tersebut untuk membeli air
bagi membasahkan tekak beliau.
Setelah itu, apa yang terjadi pada diri
beliau adalah beliau tidak dapat tidur malam kerana mengenangkan peristiwa
terjumpa duit itu dan telah menggunakannya untuk membasahkan tekak beliau. Rasa
resah dan gelisah menerpa di benak pemikiran dan perasaan beliau. Hinggalah, pada
keesokan hari, anak bongsu beliau bertanya apa yang berlaku pada diri beliau
hingga tidak dapat tidur malam. Maka, wanita tersebut bercerita pada anakknya
apakah perkara yang menjadikan dirinya serba salah.
Serta merta, air mata
beliau mengalir mengenangkan ‘sedikit dosa’ yang mungkin tidak menenangkan
jiwanya. Lantas, anaknya berkata pada beliau agar menyerahkan duit tersebut
pada anaknya dan anaknya menguruskan duit tersebut ke dalam tabung aman
palestin. Beliau menggantikan kembali RM 2 yang beliau ambil untuk membasahkan tekak kerana kehausan.
Barulah tenang jiwa wanita tersebut. Walaupun duit yang terhad, namun hatinya
tetap lapang. Tenang menjalani kehidupannya.
Ya Allah, mudahkanlah jalan rezeki wanita ini.
Kau berkati hidup keluarganya. Jika apa yang beliau buat untuk menjemput rezeki
dengan ikhlas keranaMU, maka kau terimalah amalan beliau. Mudahkanlah kehidupan anak-anak beliau di dunia dan akhirat.
AMIN.
APAKAH
YANG ANDA FIKIRKAN SETELAH MEMBACA KISAH INI ? HANYA ANDA YANG MENGETAHUINYA.
LAKUKAN TINDAKAN KECIL DEMI PERUBAHAN KEHIDUPAN ANDA !
INGAT ! JIKA KITA MENDAHULUI PERINTAH ALLAH DALAM URUSAN HARIAN KITA, MAKA
SECARA MUDAH JUGA ALLAH S.W.T MENYEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK KEHIDUPAN KITA.
MULAKAN LANGKAH DIRIMU UNTUK MERASAI CUKUP DENGAN NIKMAT YANG TUHAN
BERIKAN PADA RAMADHAN INI.
[ POSITIF MINDA . POSITIF EMOSI . POSITIF TINDAKAN]
[Che Qiim]
Pakar Hipnoterapi
Jurulatih #NLP
Smart Excel Consultant
019-2044036
www.klinikhipnoterapisec.webs.com
No comments:
Post a Comment