“Jika
saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula
giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza
Samsuddin, 38. - See more at:
http://www.hmetro.com.my/node/65937#sthash.WbiNyyYJ.dpuf
“Jika
saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula
giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza
Samsuddin, 38. - See more at:
http://www.hmetro.com.my/node/65937#sthash.WbiNyyYJ.dpuf
“Jika saya temui insan lain yang
lebih susah, mungkin ketika itu
tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini
kepadanya,"
kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.
Salam positif buat rakan pembaca sekalian. Alhamdulillah wa syukru lillah. Selamat menyambut lebaran 1436 H buat pembaca sekalian. Mood anda pasti mood raya bukan ? Begitu juga dengan saya. Mood raya tahun ini disambut dengan penuh ceria dan bertenaga. Bagaimana pula dengan kisah seorang bapa membonceng anaknya dari Sepang ke Pulau Pinang ? Mood raya mereka pula bagaimana ?
Apakah perasaan beliau saat ini ketika masih lagi berada di dalam bulan syawal bersama ana-anak tercinta ? Apakah yang kita rasakan saat 'melihat, mendengar dan merasai' gambar beliau yang membawa anak-anaknya menaiki motosikal dengan 'perasaan tawakal pada Allah s.w.t' ? Bagaimana perasaan kita bila bertembung dengan individu seperti ini tatkala kita sedang seronok duduk di kerusi empuk, memegang stering kereta kita penuh bergaya ? Kenderaan kita berjenama lagi. Perjalanan beliau amat jauh. Berbekalkan 'ALLAH TEMPAT MEMINTA'. Perjalanan beliau sampai jua ke destinasi.
Namun, satu perkara yang menyentuh sanubari saya apabila membaca topik 'Terima kasih rakyat Malaysia' yang disiarkan oleh Harian Metro, adalah 'kekuatan dan kecekalan hati seorang ayah' terhadap 'ujian yang Tuhan berikan kepadanya'. Bayangkan kita berada di dalam situasi beliau dengan anak-anak yang masih kecil, dibonceng anak-anak itu dengan menaiki motosikal untuk sampai ke destinasi yang dituju, apakah kita mampu melakukannya ? Mungkin ramai pembaca akan mengatakan 'saya mampu melakukannya'. Namun, berapa ramai yang menyebut perkataan 'saya mampu melakukannya' , benar-benar dapat melakukannya ?
Apakah perkara utama yang mencetuskan diri Ahmad Reza Samsuddin sehingga nekad melakukan 'perkara' tersebut hingga gambar beliau viral di media sosial ? KASIH SAYANG adalah JAWAPANNYA. Dalam ilmu psikologi gunaan (Neuro Linguistic Programming-NLP), ada menyebut bahawa, ANDA TIDAK BOLEH TIDAK BERKOMUNIKASI. ANDA PERLU BERKOMUNIKASI. Maka, gambar beliau yang 'viral' itu telah berkomunikasi dengan emosi anda hingga menyentuh perasaan bawah sedar anda.
Seorang ayah yang benar-benar berfungsi sebagai ayah, sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya. Begitu juga seorang ibu yang benar-benar berfungsi sebagai seorang ibu, pasti dan nekad melakukan apa sahaja demi kehidupan anak-anaknya. Namun, harus kita ingat...ingat...dan ingat... apakah suatu hari nanti anak-anak kita juga dapat melakukan seperti yang kita lakukan padanya ? Jawapanya mungkin 50/50.
Yang PENTING, kita sebagai 'orang tua mereka' TETAP TERUS ISTIQAMAH memanjatkan DOA kepada ANAK-ANAK kita agar mereka menjadi ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH dan TAAT pada PERINTAH ALLAH. Elakkan diri dari berkira rezeki dengan orang disekeliling kita. Bila kita sudah mula berkira-kira rezeki dengan orang, maka Tuhan pun mula berkira-kira rezeki dengan kita.
Apakah inspirasi yang boleh kita ambil daripada kisah Ahmad Reza ini ?
Bagaimanakan kisah seperti ini menjadi pembakar semangat kita bermula sekarang ?
Jika hari ini adalah hari terakhir kita di atas muka bumi ini.
apakah perkara yang kita mahu lakukan sebagai LEGASI
terakhir sebelum mata kita tertutup rapat ?
Akhir kalam, saya tiada kemampuan untuk memberikan apa-apa pada beliau.
Namun, apa yang saya mampu berikan adalah...
"Saya mendoakan kebaikan kepada insan yang men'viral'kan gambar Ahmad Reza ini."
"Saya mendoakan kebaikan kepada insan yang meng''infaq'kan kereta kepada beliau ; dan
"Saya mendoakan juga kebaikan dan kesejahteraan kepada mereka yang
'memberikan respon dan komentar' di dalam FB berita MyMetro."
INILAH MAKNA HIDUP DENGAN NIKMAT ILLAHI.
[ POSITIF MINDA . POSITIF EMOSI. POSITIF TINDAKAN]
[Che Qiim]
Pakar Klinikal Hipnoterapi
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapy, IACT-USA
Emel : kurtman20@yahoo.com
Tel : 019-2044036
Web : www.klinikhipnoterapisec.webs.com
No comments:
Post a Comment