Sunday, 11 January 2015

TOPIK 1 :APA YANG ANDA MAHUKAN ?

Positif Pagi Isnin 05/01/2015 Memulakan Langkah Pertama
Untuk Menambah NILAI KEHIDUPAN warga Malaysia.

Objektif Topik Ini Adalah :
Di akhir perbincangan, anda dapat :-
(1) Fahami prinsip 5 K dalam kehidupan anda.
(2) Hayati prinsip 5 K untuk kecemerlangan diri tahun 2015 ini ; dan
(3) Mengaplikasi 5 k dalam diri anda secara mudah mulai sekarang.
Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan semua. Terima kasih kerana memberikan sokongan yang padu kepada Positif Pagi Isnin yang bersiaran pada 5/01/2015 bagi menambah NILAI KEHIDUPAN anda, rakan sekerja, keluarga dan sebagainya.

*Apakah yang anda inginkan dalam kehidupan anda pata tahun 2015 ini ?
*Apakah perkara yang anda inginkan itu benar-benar anda inginkan ?
*Apakah pentingnay perkara tersebut pada diri anda ?
*Bagaimana anda ingin mendapatkannya ?

Jawapan kepada persoalan diatas, saya telah kongsikan bersama Tarance dan Rina baru-baru ini apabila Rina menyebut perkataan 'jambatan' saat mengulas isu jambatan runtuh di utara tanah air.

5 K  Untuk 2015 ?

Jika tahun ini anda mahukan 5 k dengan suatu azam, tekad, kemahuan dan tindakan yang betul...insyallah pasti anda mampu mendapatkannya. Apakah 5 K itu ?

(1) K : Kesihatan.
*Apakah anda mahu diri anda sihat ? Apakah pentingnya kesihatan pada diri anda ? Kesihatan bagaimana yang anda inginkan ?

(2) K : Kebahagiaan.
Anda mahu bahagia bukan ? Bahagia dari aspek apakah yang anda mahukan ? Besar atau kecil 'bahagia' yang anda mahukan itu ? Jauh atau dekat ? atau bagaimana ?


(3) K : Kesenangan.
*Ramai orang nak senang... namun berapa ramai orang yang melafazkan nak 'senang' itu melakukan TINDAKAN sebagai orang yang senang ? Senang yang bagaimana anda mahukan ? Senang dari aspek kewangan ? Bebas hutang ? Bebas dari bebanan emosi stres ? Emosi dan pemikiran yang berserabut ? Hanya anda sendiri yang mengetahuinya.


(4) K : Keberkatan
*Apakah wang gaji yang selama ini anda terima sama ada bekerja sendiri atau melalui organisasi anda benar-benar dalam kategori 'berkat' ? Berapa kali anda menghulurkan bantuan dari aspek tenaga, wang ringgit anda kepada mereka yang memerlukan ? Zakat bagaimana ? Hutang dengan orang bagaimana ? Jika anda merasakan 'rezeki anda tak cukup'  khususnya dari aspek kewangan, anda perlu memikirkan kembali bagaimana mahu keluar dari isu ini agar kehidupan anda menjadi berkat. Kalau tidak..... pasti akan terlepas kata-kata kita sama ada melalui sms/whatsApp kepada rakan atau teman kita walaupun kita 'berpangkat besar' seperti ayat "Tak guna jadi jurutera, kalau hutang tak bayar. Keluarga awak adalah tanggungjawab awak sendiri...bukan orang lain."



(5) K : Kesyukuran
* Bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Elakkan dari mengeluh. Kerana mengeluh itu menjadikan rezeki kita semakin tertutup. Elok-elok rezeki nak datang pada kita....dah lari bertempiaran. Kadang-kadang, kita kurang bersyukur pada Allah. Ada anak pandai, ada rumah selesa, cukup makan minum dan pakaian, namun ada juga kalangan manusia yang masih lagi mengeluh...mengeluh....dan mengeluh. Kesian orang yang berfikiran macam ini. Bagaimana pada tahun 2015 ini, dia mahu meneruskan kehidupannya ? Fikir-fikirkan.

Bagaimana Untuk Mendapatkan 5 k ini bagi tahun 2015 ?

Langkah 1 : Ubah Cara Anda Berfikir.
* Bagaimana ?
* Tambah ilmu kemahiran diri melalui bengkel-bengkel/seminaryang dikendalikan oleh pakar pembangunan diri  dalam pelbagai bidang seperti NLP (Neuro Linguistic Programming), Hipnoterapi, Emotional Freedom Technique (EFT), Kaunseling Pembangunan Diri, Coaching dan sebagainya.
*Jangan 'kedekut untuk keluarkan wang' demi membangunkan diri. Orang lain sudah kehadapan, anda bagaimana ?
 Langkah 2 : Ubah Emosi Diri Anda
* Bagaimana ?
* Jika anda berdepan dengan emosi sedih, cepat-cepat ubahkan posisi kedudukan badan anda. Tegakkan badan anda. Tarik nafas sedalam yang mungkin dan hembus keluar nafas anda dari mulut anda. Kemudian, pejamkan mata anda sambil bertanya, "Apa yang aku dapat jika aku teruskan emosi sedih ini pada diri aku ?". Pasti anda dapat jawapannya bukan ?

Langkah 3 : Ubah Tindakan Anda.
*Bagaimana ?
*Tanamkan kata-kata ini saat anda mahu tidur ke dalam pemikiran bawah sedar anda.
"Jika apa yang saya lakukan tidak menjadi. Buatlah dengan cara yang lain", sambil membayangkan tindakan anda bagi menyelesaikan isu yang ada di dalam pemikiran anda. Pasti anda bertemu dengan pelbagai tindakan yang unik.

LAKUKAN 3 LANGKAH INI MULAI SEKARANG. NAMPAKKAN HASILNYA. DENGARKAN SUARA PERUBAHAN DALAM DIRI ANDA & RASAKAN BAGAIMANA PERUBAHAN KEHIDUPAN ANDA PADA TAHUN 2015 .

" JIKA ANDA MAHU ADA MATLAMAT JELAS DALAM KEHIDUPAN ANDA, MAKA BERSAHABATLAH DENGAN MEREKA YANG ADA MATLAMAT JELAS"
(Qiim, Klinikal Hipnoterapis)

[ SELAMAT BERAMAL] 

No comments:

Post a Comment