Teknik Komunikasi Menggunakan Sistem Neuro Linguistic Programming (NLP)
- Visual , Auditori & Kinestetik-
(12/01/2015)
Objektif Topik Ini Adalah :
(1) Fahami manfaat komunikasi kederiaan anda saat berkomunikasi.
(2) Tahu strategi berkomunikasi dengan betul mengikut saluran maklumat deria anda
& orang lain ; dan
& orang lain ; dan
(3) Mengaplikasi secara terus teknik komunikasi persuasif kaedah NLP bagi menyelesaikan masalah jurang komunikasi diri dan orang lain.
Salam sukses, kaya dan berjaya buat penonton Positif Pagi Isnin, Selamat Pagi Malaysia (SPM).
Hai, apa khabar anda yang sedang membaca artikel ini ? Pasti anda berada di dalam keadaan ceria, sihat dan bertenaga.
Sudah semestinya anda tertanya-tanya, apakah topik yang bakal saya bicarakan pada hari ini bukan ?
Topiknya mudah diaplikasikan buat anda teman setia positif pagi Isnin bersama En Qiim, Pakar Hipnoterapi dari Smart Excel Consultant.
MEMAHAMI AGAR DIFAHAMI
* Apakah anda mengalami masalah berkomunikasi dengan rakan sekerja, pasangan, majikan, anak, guru dengan pelajar ?
* Apakah anda benar-benar memahami strategi komunikasi berkesan saat anda bercakap pada diri dan orang lain ?
* Apakah anda mahu menyelesaikan masalah komunikasi harian anda semudah ABC dengan menggunakan sistem pembelajaran Neuro Linguistic Programming (NLP) ?
INGAT !
Apabila kita berkomunikasi, kita menggunakan 3 saluran komunikasi deria yang utama iaitu :-
(1) Deria Penglihatan (Visual)
(2) Deria Pendengaran (Auditori)
(3) Deria Sentuhan/Rasa (Kinestetik)
Contoh Komunikasi Gaya Visual
"Awak bayangkan apa yang saya sedang cakap ni."
"Awak boleh nampak apa yang saya maksudkan ?"
" Lihat apa yang saya sedang perkatakan."
"Mari kita tonton sama-sama rancangan ini."
*Gaya individu ini bercakap amat laju.
*Suka kepada bentuk gambaran apabila bercakap
& perlu pembuktian, suka pada penerangan yang berbentuk warna dll.
Komunikasi Dengan Orang Visual
Contoh Komunikasi Gaya Auditori
"Awak tak dengar ke apa yang saya kata tadi."
"Kita bincang di tempat tertutup."
"Saya mahu umumkan bahawa bonus pada tahun ini dibayar 2 kali ganda."
*Gaya komunikasi individu ini lebih cenderung kepada 'penceritaan'.
*Cara bercakap mempunyai nada tersendiri.
*Lebih banyak mendengar dan boleh mengulang kembali apa yang diperkatakan oleh orang yang berkomunikasi dengannya.
*Suka kepada perbincangan ditempat yang sunyi (terhindar dari kebisingan)
*Boleh menjadi pendengar yang baik.
Komunikasi Dengan Orang Auditori
Contoh Komunikasi Gaya Kinestetik
"Saya dapat rasa apa yang awak alami."
"Kata-kata yang keluar dari mulut awak amat menyentuh perasaan saya."
"Saya yakin bahawa impian saya dapat dicapai pada tahun 2015 ini."
"Saya sayang awak kerana awak sayang saya buat selama-lamanya."
*Gaya komunikasi individu ini bila bercakap adalah 'perlahan' dan 'relaks'.
*Menyusun kata-kata dengan penuh perasaan.
*Suka kepada perkara yang lebih 'praktikal' berbanding mendengar dan melihat.
*Suka bermain dengan emosi saat berbicara dengan lawan bicara.
Komunikasi Dengan Orang Kinestetik
BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH KOMUNIKASI ANDA ?
Langkah 1 : Kenal pasti sistem saluran komunikasi lawan bicara anda (VAK) berdasarkan pada bahasa komunikasi yang dituturkan kepada anda.
Langkah 2 : Dengar pada nada suaranya, Apakah nada suaranya kuat, laju atau perlahan (satu persatu).
Langkah 3 : Gunakan kembali perkataan yang dituturkan oleh lawan bicara anda sehingga secara tanpa sedar dia sudah berjaya dipengaruhi (di peringkat minda bawah sedarnya).
SELAMAT BERAMAL !
No comments:
Post a Comment