Friday, 24 July 2015

TOPIK : MAKNA HIDUP DENGAN NIKMAT ILLAHI

“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza Samsuddin, 38. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65937#sthash.WbiNyyYJ.dpuf
“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza Samsuddin, 38. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65937#sthash.WbiNyyYJ.dpuf
“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu
 tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya,"
 kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.

Salam positif buat rakan pembaca sekalian. Alhamdulillah wa syukru lillah. Selamat menyambut lebaran 1436 H buat pembaca sekalian. Mood anda pasti mood raya bukan ? Begitu juga dengan saya. Mood raya tahun ini disambut dengan penuh ceria dan bertenaga. Bagaimana pula dengan kisah seorang bapa membonceng anaknya dari Sepang ke Pulau Pinang ? Mood raya mereka pula bagaimana ?

Apakah perasaan beliau saat ini ketika masih lagi berada di dalam bulan syawal bersama ana-anak tercinta ? Apakah yang kita rasakan saat 'melihat, mendengar dan merasai' gambar beliau yang membawa anak-anaknya menaiki motosikal dengan 'perasaan tawakal pada Allah s.w.t' ?  Bagaimana perasaan kita bila bertembung dengan individu seperti ini tatkala kita sedang seronok duduk di kerusi empuk, memegang stering kereta kita penuh bergaya ? Kenderaan kita berjenama lagi. Perjalanan beliau amat jauh. Berbekalkan 'ALLAH TEMPAT MEMINTA'. Perjalanan beliau sampai jua ke destinasi.

Namun, satu perkara yang menyentuh sanubari saya apabila membaca topik 'Terima kasih rakyat Malaysia' yang disiarkan oleh Harian Metro, adalah 'kekuatan dan kecekalan hati seorang ayah' terhadap 'ujian yang Tuhan berikan kepadanya'.  Bayangkan  kita berada di dalam situasi beliau dengan anak-anak yang masih kecil, dibonceng anak-anak itu dengan menaiki motosikal untuk sampai ke destinasi yang dituju, apakah kita mampu melakukannya ? Mungkin ramai pembaca akan mengatakan 'saya mampu melakukannya'. Namun,  berapa ramai yang menyebut perkataan 'saya mampu melakukannya' , benar-benar dapat melakukannya ?

Apakah perkara utama yang mencetuskan diri Ahmad Reza Samsuddin sehingga nekad melakukan 'perkara' tersebut hingga gambar beliau viral di media sosial ? KASIH SAYANG adalah JAWAPANNYA. Dalam ilmu psikologi gunaan (Neuro Linguistic Programming-NLP), ada menyebut bahawa, ANDA TIDAK BOLEH TIDAK BERKOMUNIKASI. ANDA PERLU BERKOMUNIKASI. Maka, gambar beliau yang 'viral' itu telah berkomunikasi dengan emosi anda hingga menyentuh perasaan bawah sedar anda.

 

Seorang ayah yang benar-benar  berfungsi sebagai ayah, sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya. Begitu juga seorang ibu yang benar-benar berfungsi sebagai seorang ibu, pasti dan nekad melakukan apa sahaja demi kehidupan anak-anaknya. Namun, harus kita ingat...ingat...dan ingat... apakah suatu hari nanti anak-anak kita juga dapat melakukan seperti yang kita lakukan padanya ? Jawapanya mungkin 50/50. 

Yang PENTING, kita sebagai 'orang tua mereka' TETAP TERUS ISTIQAMAH memanjatkan DOA kepada ANAK-ANAK kita agar mereka menjadi ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH dan TAAT pada PERINTAH ALLAH. Elakkan diri dari berkira rezeki dengan orang disekeliling kita.  Bila kita sudah mula berkira-kira rezeki dengan orang, maka Tuhan pun mula berkira-kira rezeki dengan kita. 

Apakah inspirasi yang boleh kita ambil daripada kisah Ahmad Reza ini ? 
Bagaimanakan kisah seperti ini menjadi pembakar semangat kita bermula sekarang ?
Jika hari ini adalah hari terakhir kita di atas muka bumi ini.
apakah perkara yang kita mahu lakukan sebagai LEGASI
terakhir  sebelum mata kita tertutup rapat ?


Akhir kalam, saya tiada kemampuan untuk memberikan apa-apa pada beliau. 
Namun, apa yang saya mampu berikan adalah...
 
"Saya mendoakan kebaikan kepada insan yang men'viral'kan gambar Ahmad Reza ini."
"Saya mendoakan kebaikan kepada insan yang meng''infaq'kan kereta kepada beliau ; dan
"Saya mendoakan juga kebaikan dan kesejahteraan kepada mereka yang 
                                 'memberikan respon dan komentar' di dalam FB berita MyMetro."

INILAH MAKNA HIDUP DENGAN NIKMAT ILLAHI.

[ POSITIF MINDA . POSITIF EMOSI. POSITIF TINDAKAN]

[Che Qiim]
Pakar Klinikal Hipnoterapi
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapy, IACT-USA
Emel : kurtman20@yahoo.com
Tel : 019-2044036
Web : www.klinikhipnoterapisec.webs.com

Sunday, 14 June 2015

TOPIK : MEMAKNAI ERTI REZEKI (PART 2)

' Ya Allah. Berikanlah KEYAKINAN DIRI yang MANTAP
kepada hambamu ini bagi mengundang rezeki yang HALAL & BARAKAH
sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Salam positif pagi dari saya untuk sidang pembaca sekalian.
Bertemu kita pada hari ini dengan topik
Memaknai Erti Rezeki (Bahagian 2).

Berikut adalah KISAH RM 48 yang saya ceritakan pagi tadi.
Kisah ini adalah sebuah KISAH BENAR dan MEMBERIKAN INSPIRASI 
yang amat MENDALAM buat DIRI saya dan ANDA.


#KISAH RM 48#

Satu pagi yang damai kelihatan seorang wanita berusia 53 tahun melangkah keluar dari rumahnya bagi menjemput rezeki dengan usahanya yang tersendiri. Wajahnya yang tenang, berkulit sawo matang dengan tenang melangkah ke tempat beliau bertugas. Jarak antara kediamannya dengan tempat beliau bertugas hanyalah 10 minit sahaja.

Berjalan kaki adalah rutin hariannya. Beliau memulakan langkah dengan niat agar kerja yang dilakukannya ini adalah sebagai ‘satu ibadah’. Wanita itu amat tabah menjalani kehidupannya bagi menjemput rezeki dan rezeki yang dijemput itu diurus dengan sebaiknya bagi mengurus keperluan anak bongsunya yang masih bersekolah.

Kehidupan wanita ini amat sederhana. Namun, Allah memudahkan jalan rezekinya dengan cara wanita tersebut membawa sedikit bekalan sama ada berupa sarapan pagi atau apa juga makanan yang boleh dirasai bersama oleh rakan sekerjanya.

Kebetulan pada hari itu, adalah hari lahir rakan sekerja beliau. Maka, wanita tersebut sempat membeli ‘sepotong kek’ dan ‘sedikit makanan’ untuk diberikan kepada rakannya di tempat kerja beliau. Wang yang ada ditangan beliau hanya ‘cukup-cukup’ sahaja. Namun, kegembiraan rakannya adalah menjadi keutamaan pada diri beliau. Apabila beliau merasa gembira dengan ‘apa yang beliau lakukan’ itu, maka dengan mudah pintu rezeki beliau ‘dibuka dengan luas olehNYA’.

“Tak pelah. Walaupun duit aku ni cukup-cukup sahaja. Insyallah, adalah rezeki yang lain tu”, kata beliau pada diri sendiri. Apa yang menjadikan hari itu adalah ‘satu keajaiban’ pada diri beliau adalah, setelah balik dari tempat kerja dengan ‘isi dompet’ yang ‘terhad’, beliau singgah di satu kedai untuk membeli minuman. Rasa haus menerjah ketekak beliau.  Beliau masuk ke kedai tersebut dan melihat serta memegang air minuman tersebut. Namun, duit di dalam dompet beliau ‘amat terhad’ dan memerlukan tambahan kewangan untuk memiliki air tersebut. Saat itu beliau merasakan ada gumpalan duit yang terjatuh dan berada di bawah tapak selipar beliau. Lantas, beliau mengambilnya dan beliau  memegang duit itu yang bernilai RM48. Hati beliau bertanya, “duit siapakah ini?”. Dalam keadaan ‘agak terdesak’ kerana kehausan, beliau mengambil RM 2.00 dari jumlah duit tersebut untuk membeli air bagi membasahkan tekak beliau.

Setelah itu, apa yang terjadi pada diri beliau adalah beliau tidak dapat tidur malam kerana mengenangkan peristiwa terjumpa duit itu dan telah menggunakannya untuk membasahkan tekak beliau. Rasa resah dan gelisah menerpa di benak pemikiran dan perasaan beliau. Hinggalah, pada keesokan hari, anak bongsu beliau bertanya apa yang berlaku pada diri beliau hingga tidak dapat tidur malam. Maka, wanita tersebut bercerita pada anakknya apakah perkara yang menjadikan dirinya serba salah. 

Serta merta, air mata beliau mengalir mengenangkan ‘sedikit dosa’ yang mungkin tidak menenangkan jiwanya. Lantas, anaknya berkata pada beliau agar menyerahkan duit tersebut pada anaknya dan anaknya menguruskan duit tersebut ke dalam tabung aman palestin. Beliau menggantikan kembali RM 2 yang beliau ambil  untuk membasahkan tekak kerana kehausan. Barulah tenang jiwa wanita tersebut. Walaupun duit yang terhad, namun hatinya tetap lapang. Tenang menjalani kehidupannya.  

 Ya Allah, mudahkanlah jalan rezeki wanita ini. Kau berkati hidup keluarganya. Jika apa yang beliau buat untuk menjemput rezeki dengan ikhlas keranaMU, maka kau terimalah amalan beliau. Mudahkanlah kehidupan anak-anak beliau di dunia dan akhirat. AMIN.

APAKAH YANG ANDA FIKIRKAN SETELAH MEMBACA KISAH INI ? HANYA ANDA YANG MENGETAHUINYA. LAKUKAN TINDAKAN KECIL DEMI PERUBAHAN KEHIDUPAN ANDA !

INGAT ! JIKA KITA MENDAHULUI PERINTAH ALLAH DALAM URUSAN HARIAN KITA, MAKA 
SECARA MUDAH JUGA ALLAH S.W.T MENYEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK KEHIDUPAN KITA.

MULAKAN LANGKAH DIRIMU UNTUK MERASAI CUKUP DENGAN NIKMAT YANG TUHAN
BERIKAN PADA RAMADHAN INI. 

[ POSITIF MINDA . POSITIF EMOSI . POSITIF TINDAKAN]

[Che Qiim]
Pakar Hipnoterapi
Jurulatih #NLP
Smart Excel Consultant
019-2044036
www.klinikhipnoterapisec.webs.com


 

Monday, 8 June 2015

TOPIK : MEMAKNAI ERTI SEBENAR REZEKI (PART1)

Topik : Erti Sebenar Rezeki

Salam positif dari saya untuk kalian semua. Alhamdulillah, bertemu kembali di dalam Segmen Positif Pagi bersama saya, Che Qiim (Penyampai Segmen Positif Pagi Isnin) anda. Terima kasih kerana para penonton sudi meluangkan masa bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan nilai diri melalui rancangan ini.  Segmen kali ini membicarakan berkaitan ERTI SEBENAR REZEKI dan BAGAIMANA KITA MEMAKNAI ERTI REZEKI PADA KEHIDUPAN KITA. 
Tinggal beberapa hari sahaja lagi SYABAAN meninggalkan kita dan RAMADHAN 
menemui kita pada 2015 ini. Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan.

Berikut adalah isi kandungan pembelajaran yang disampaikan pada hari ini
(Isnin,08/06/2015).

Slide 1

 Slide 2

Slide 3

 Slide 4

 Slide 5

 Slide 6

 Slide 7

 Slide 8

Slide 9

Insyallah, bertemu kita pada minggu hadapan. Di bahagian ke-2, saya bakal membawa 
KISAH RM 48 yang terjadi kepada seorang wanita dan bagaimana beliau menjalani kehidupannya dengan rezeki yang dicukupi oleh Allah s.w.t.
 Ingatlah ! Allah s.w.t sentiasa mencukupkan rezeki hamba-hambanya.
Tugas kita selaku hambanya, mestilah BERSYUKUR.
[SEMAKIN KITA BERSYUKUR, 
SEMAKIN ITU ALLAH TAMBAHI LAGI NIKMATNYA KEPADA KITA ].

[POSITIF MINDA. POSITIF EMOSI . POSITIF TINDAKAN]
#terbangtunduk#

Mufakkir illaih :
(Che Qiim)
Pakar Hipnoterapi & 
Psikoterapi NLP
www.smartexcelconsultant.weebly.com
019-2044036
kurtman20@yahoo.com

Friday, 8 May 2015

SINOPSIS TOPIK : KEJUTAN BUDAYA ?

Kejutan Budaya Di Universiti ?

Salam positif buat diri anda semua.

[KEJUTAN BUDAYA ]
---------------------------
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan
berita berkaitan 'seorang pelajar pintar
matematik' dipenjara oleh pihak berkuasa
luar negara kerana memiliki lebih 30,000
imej dan video pornografi kanak-kanak.
Berita ini menjadikan seluruh dunia
'gempar' khususnya negara kita Malaysia.
-------------------------------

Apakah yang sebenarnya berlaku
pada pelajar tersebut ? Apakah beliau
mengalami kejutan budaya belajar
di luar negara atau mengalami
'ketagihan terhadap pornografi' yang
telah terpendam lama di minda bawah
sedarnya atau bagaimana ?
------------------------------
Nantikan kupasan lanjut
berkaitan isu ini di dalam segmen
positif pagi bersama Che Qiim,
pakar hipnoterapi anda.

[POSITIF MINDA. POSITIF EMOSI .POSITIF TINDAKAN]

Che Qiim, Pakar Hipnoterapi
www.klinikhipnoterapisec.webs.com 
019-2044036

Monday, 20 April 2015

TOPIK 10 : KETAGIH GAJET


TOPIK : KETAGIH GAJET

Salam positif  Isnin buat rakan penonton sekalian.
Terima kasih kerana menjadi rakan setia 
segmen Positif Pagi bersama saya, Che Qiim.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah 
kerana rakan penonton sekalian mendapat manfaat
dari segmen ini. Saya amat berterima kasih kepada 
semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti pembelajaran 'santai' ini.

Berikut adalah intipati pembelajaran pada hari ini.
(20/04/2014)


Ketagih gajet 1

Slide 2 Objektif topik

 Ketagih gajet 3

 Ketagih gajet 4

 Ketagih gajet 5

 Ketagih gajet 6

 Ketagih gajet 7

 Ketagih gajet 8

Ketagih gajet 9

Selamat Membaca.

[POSITIF MINDA. POSITIF EMOSI. POSITIF TINDAKAN]

CHt Che Qiim,
Master Trainer Hypnotherapy Consultant &
NLP Trainer
019-2044036
www.mus-mindasukses.blogspot.com

Sunday, 19 April 2015

TOPIK 9 : AURA IMEJ DIRI

[ TOPIK ; AURA IMEJ DIRI]

Salam positif dari saya untuk para penonton dan pendengar sekalian.
Terima kasih kerana melayari blog rasmi positif pagi bersama saya Che Qiim.
Alhamdulillah, berikut adalah penyampaian bagi topik minggu lepas di bawah 
tajuk "AURA IMEJ DIRI.
Moga ianya memberikan manfaat besar buat diri kalian semua.
[POSITIF MINDA. POSITIF EMOSI. POSITIF TINDAKAN]

Aura Imej Diri 1

Aura Imej Diri 2

 Aura Imej Diri 3

Aura Imej Diri 4

Aura Imej Diri 5

 Aura Imej Diri 6


Aura Imej Diri 7

 Aura Imej Diri 8

Che Qiim,
Pakar Hipnoterapis & NLP
www.klinikhipnoterapisec.webs.com 
019-2044036

Sunday, 12 April 2015

SINOPSIS TOPIK "AURA IMEJ DIRI"

" LIHAT PADA DIRI ANDA SENDIRI"

SINOPSIS TOPIK : AURA IMEJ DIRI

Salam positif dari saya untuk anda semua. Alhamdulillah. Bertemu kembali di dalam ruangan pembelajaran positif pagi bersama saya Che Qiim, pakar hipnoterapi anda. Tahniah kerana anda telah 
menonton serta mengaplikasikan pembelajaran secara 'live' di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) setiap Isnin, jam 08.30 pagi. 

 [Bagaimana Anda Melihat Ke Dalam Diri Anda ?]

Apakah yang anda fikirkan tatkala mendengar perkataan 'Aura Imej Diri' ?  Apakah yang terlintas dibenak sanubari anda apabila ada rakan anda berkata pada anda, ' Awak ni jagalah imej diri awak. Pergi pejabat 'selekeh' aja. Jumpa rakan lama pun 'muka macam karipap tak siap. Sambut suami balik dari kerja 'rambut berserabai'. Apakah perasan anda saat itu ? Buat-buat tak dengar ? Rasa diri 'terlalu kecil' ? Hina ? Kecewa ? Rendah diri ? atau.... anda langsung tak ada rasa apa-apa ? atau bagaimana ?
 
[ Bayangkan Apabila Minda & Emosi Anda Berserabut Seperti Imej Di Atas ?]


Imej diri bagi seorang lelaki atau wanita adalah amat penting. Luaran menggambarkan apa yang ada 'di dalam diri anda'. Apakah tanggapan atau persepsi yang anda letakkan pada diri anda ? Jenis dan orang yang bagaimanakah diri anda sebenarnya dari kaca mata anda sendiri ? Nak imej diri dipandang baik dan hebat, maka urus MENTAL & EMOSI diri dulu baru 'terpancar aura' diri yang luar biasa. Apakah anda boleh menukar imej diri anda jika MENTAL & EMOSI anda BERSERABUT ? 


Kesemua persoalan diatas akan dihuraikan dengan lebih lanjut pada 13/04/2016 (Isnin), jam 08.30 pagi di dalam SEGMEN POSITIF PAGI , Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama saya dan tetamu undang khas yang memiliki kepakaran khusus di dalam bidang imej dan personaliti diri.

INGAT CHE QIIM, INGAT POSITIF PAGI

[POSITIF MINDA. POSITIF EMOSI. POSITIF TINDAKAN]

Che Qiim,
pakar hipnoterapi
www.klinikhipnoterapisec.webs.com
019-2044036