Friday, 23 January 2015

SINOPSIS POSITIF PAGI ISNIN 26/01/2015



 [Dr Gigi 'terpedaya (terpukau)' dengan kata-kata manis individu 
yang baru dikenalinya di laman FB."

"PADAH TERKENA AYAT MANIS"

Salam positif pagi buat diri anda selaku penonton segmen Positif Pagi Isnin 
bersama saya En Qiim, pakar hipnoterapi anda. 

Apabila anda menonton segmen ini, apakah anda dapat ;-
(1) Merasai manfaatnya ke atas diri anda ?
(2) Melihat bagaimana diri anda boleh mengaplikasi ilmu yang 
dipelajari ? ; dan
(3) Mendengar sendiri tips-tips berguna bagi menambah 
nilai diri anda ?
Jika jawapan kepada persoalan diatas adalah YA, tahniahkan diri anda. 
 
Anda pernah dengar kata-kata seperti :-
"Mat, aku dah bagi duit aku pada orang tu. Kesian kat dia. Namun, 
bila aku tengok semula aku dah kena tipu. Macam kena pukau pun ada."
"Dengan awak melabur di dalam syarikat saya ini, pasti awak dapat keuntungan 
berlipat kali ganda mulai sekarang."
"Adik manis. Ini karpet berkualiti tinggi. Baaaaanyak cantik. Lembut bila 
kaki pijak itu karpet. Ini karpet susah nak dapat di tempat lain. 
Awak boleh kasi saya insuran RM 30/sebulan mulai sekarang. Banyak murah."

"Ini karpet banyak murah. Banyak cantik. Letak kaki, kaki rasa sejuk. 
Ini bulan bayar RM 30 sahaja".. lepas 3 bulan, awak kawin
sama saya. Selesai itu hutang."

Pastinya, anda pernah mendengar ayat-ayat seperti ini bukan ?
Apakah anda sudah 'terkena pukauan' dari seseorang ?
Apakah sebenarnya 'pukau' ? atau 'Mainan kata-kata manis' hingga anda
'terpersona' dan menyerahkan segala-galanya kepada orang tersebut ?

Apakah pukau itu ada kaitan dengan ilmu hipnosis/hipnoterapi ?
Pukau tu apa ?  Pukau tradisional ? Pukau moden ?
Hipnosis/hipnoterapi itu apa ? Penyalahgunaan terma 
pukau dan hipnosis ? Apa beza kedua-dua ilmu ini ?
Salah tanggap masyarakat terhadap ilmu hipnosis/hipnoterapi ?
Bagaimana cara untuk menangani isu 'terkena pukauan kata-kata manis' ?

Dan..............

Saksikan kupasan lanjut bersama saya, En Qiim di dalam 
segmen Positif Pagi Isnin 26/01/2015 (Selamat Pagi Malaysia).

[POSITIF MINDA. POSITIF EMOSI. POSITIF TINDAKAN]

Mohd Mustaqiim Asmuji, C.TNLP,CHt
Master Trainer Hypnotherapy Consultant
Klinikal Hipnoterapis & NLP Trainer
International Association Of Counselors & Therapist
(IACT-USA)
National Federation Of Neuro Linguistic Programming
(NFNLP-USA)
kurtman20@yahoo.com

Monday, 19 January 2015

TOPIK 3 : URUS MARAH KAEDAH HIPNOTERAPI

Antara Punca Kemarahan Meletus ;
 Dimana Kesudahannya ?

Objektif Topik Ini :
Di akhir sesi perbincangan, anda dapat :-
(1) Fahami apakah itu emosi kemarahan dan jenis-jenis kemarahan.
(2) Hayati kewujudan emosi marah dan manfaatnya ;dan
(3) Mengaplikasi teknik mengurus kemarahan melalui ilmu Hipnoterapi.

Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan penonton semua. Apa khabar anda hari ini ? Isnin yang penuh ceria, semangat dan bertenaga. Mulakanlah hari anda dengan emosi yang merangsang jiwa dan minda anda secara sihat.

*Apakah apakah anda pernah mengalami situasi kemarahan 'melampau' ?
*Apakah anda pernah dimarahi oleh pasangan anda, majikan atau
orang sekeliling anda ?
*Apakah anda sedang mencari penyelesaian kepada 'masalah emosi marah anda ?'

Jika jawapan anda YA, tahniah kerana hari ini anda mempelajari ilmu berkaitan mengurus marah diri melalui ilmu Hipnoterapi.


Sekilas Berkaitan Ilmu Hipnoterapi ?
"Sebuah rawatan terapi yang menggunakan teknik-teknik hipnosis  yang dilakukan keatas klien/pesakit secara rileks dan santai dengan menggunakan kekuatan 'BERBAHASA'' hingga masalah yang dihadapi oleh klien terlerai satu persatu. Hipnoterapi ini adalah gabungan dua ilmu iaitu Hipnosis dan Cognative Behavioural Therapy (CBT) menjadilah ia sebagai HIPNOTERAPI. (Ben Fadzil Hypnosis/Hypnotherapy School,2014)

Dr Milton H. Erikson, Pakar Dalam Bidang Hipnoterapi
(Buku Hope & Resiliency ; 
Understanding the psychotherapeutic strategies of Milton H. Ericson, MD)

Pakar bagi bidang rawatan Hipnoterapi ini adalah Milton H.Erikson. Jika anda mendalami ilmu psikoterapi, NLP dan Hipnoterapi pasti anda menemui nama ini dan beliau amat tersohor di dalam bidang rawatan kejiwaan dan emosi menggunakan hipnoterapi. Hipnoterapi adalah selamat digunakan di dalam merawat kesakitan mental dan kejiwaan seseorang. British Medical Association, pada tahun 1958 mengiktiraf penggunaan Hipnoterapi di dalam bidang perubatan moden hinggalah ke hari ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKMM) mengiktiraf penggunaan psikoterapi dan hipnoterapi di dalam merawat emosi dan kejiwaan warga Malaysia.(Rujuk laman web kkmm, bahagian perubatan alternatif & komplementeri).Ayuh, kita kupas pula berkaitan kemarahan.

Mangsa Cemburu ?
Apa itu kemarahan ?
Kemarahan adalah perasaan kurang senang pada diri dan orang lain. Ada sahaja perkara yang tak puashati hingga membangkitkan kemarahan pada diri. Individu yang sukar mengawal kemarahannya, maka akan terkeluarlah 'kata-kata kesat' daripada mulutnya.

Bagaimana kemarahan berlaku ?
(1) Melalui kata-kata.
(2) Melalui perbuatan.
(3) Melalui bahasa badan.

3 Jenis Kemarahan ?
(1) Marah pada diri sendiri (jarang-jarang)
(2) Marah pada orang lain (kerap kali)
(3) Marah pada bukan orang (jarang-jarang)

Apa Yang Berlaku Apabila Anda Marah ?
(1) Degupan jantung meningkat.
(2) Mengalami ketegangan otot.
(3)Pernafasan menjadi cepat & pendek 

Angkara Lidah Tidak Bertulang

Bagaimana Untuk Membuang Emosi Marah Yang Tersangkut Di Tubuh Anda ?
- Brush Off Kaedah Hipnoterapi-
(1) Tarik nafas dan hembus keluar nafas anda daripada mulut. (ulang sebanyak 3 kali).
(2) Pejamkan mata anda.
(3) Bayangkan tempat emosi marah itu berada. Apakah berada di kepala ? Di bahu ? Di Tangan ?
Di perut atau di kaki anda ? atau dimana emosi marah itu berada di bahagian tubuh badan anda ?
Besar atau kecil perasaan marah itu ? Warna kemarahan anda ? Bagaimana rasa marah anda ?
Degupan jantung anda saat marah ? Lihat, dengar dan rasa emosi marah anda.
(4) Kemudian, angkat tangan kanan anda dan letakkan dibahagian emosi marah anda. Kuis keluar
emosi marah tersebut dari bahagian tubuh anda hingga perasaan anda lega.....dan lega...
Rasakan diri anda tenang...dan tenang....
(5) Sekarang, perlahan-lahan bukalah mata anda.
"Bagaimana perasaan anda sekarang ? Hanya anda sahaja yang mengetahuinya."

Sebab itu, kita perlu mempelajari ilmu bagaimana untuk mengurus kemarahan diri agar ianya dapat dikawal dan diurus dengan lebih baik. Pelbagai program atau bengkel dilaksanakan demi memastikan warga Malaysia dapat menguasai ilmu berkaitan pengurusan kemarahan. Subjek seperti ini tidak terdapat di dalam silibus pembelajaran di sekolah mahupun di universiti. Maka, pastinya anda perlu mencari sendiri dimanakah anda mahu belajar ilmu seperti ini dan apakah manfaatnya pada kesihatan diri anda secara jangka panjang.

Jika anda mengalami siptom-siptom kemarahan diri atau ketidakstabilan emosi serta pemikiran, hubungi pakar kami bagi meleraikan kekusutan emosi diri anda  :-
(1)  Dr Ben Fadzil Mohd Salleh (KL): 012-2350404
(2) CHt Mustaqiim (Qiim) (Gombak) : 019-2044036
(3) CHt Khaeril Anuar (K) (Bangi) : 019-3897580
(4) CHt Nadia Yusof (PJ): 012-6114484
(5) CHt Norfadzrina (Subang) : 013-4257592
(6) CHt Mohsain (Singapura) : +6598456844 
(7) CHt Faizal Kamal (Gombak): 019-6112962
(8) CHt Dr Jariah Abdullah (Kajang): 019-3845480
(9) CHt Fazmi Amyza ( Putrajaya/Ampang) : 012-2237420
(10) CHt Noor Fadzliana (Kuantan) : 019-5410485


NANTIKAN TOPIK MINGGU HADAPAN. PASTI MENGUJAKAN ANDA SEMUA.
SELAMAT BERAMAL.

En Qiim, 
Pakar Klinikal Hipnoterapi
Pengisi Positif Pagi Isnin
Selamat Pagi Malaysia (SPM)
kurtman20@yahoo.com
www.klinikhipnoterapisec.webs.com

Saturday, 17 January 2015

SINOPSIS POSITIF PAGI ISNIN 19/01/2015

Kes Bapa Belasah Bayi Lapar

TOPIK : URUS KEMARAHAN KAEDAH HIPNOTERAPI

Salam sukses, kaya dan berjaya buat para pembaca dan penonton positif pagi Isnin, Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama En Qiim, pakar klinikal hipnoterapi anda.

* Apakah anda pernah melihat kes kemarahan dikalangan masyarakat kita samada secara berdepan atau melalui dada-dada akhbar ?
*Apakah anda pernah mendengar kes 'wanita menikam suaminya' kerana cemburu buta ?
*Apakah anda masih ingat lagi kes individu yang tak dapat kawal emosi kemarahannya hingga mengakibatkan sebuah kereta milik 'uncle berbangsa cina' remuk dihentam oleh individu tersebut ?
*Apakah anda pernah mengalami situasi marah terhadap seseorang hingga berlaku pertengkaran dan akhirnya mengakibatkan 'emosi diri anda dan individu tersebut cedera'?

Emosi marah jika digunakan pada tempatnya yang betul, pasti anda mendapat manfaatnya. Namun, akhir-akhir ini, ramai kalangan warga kita sering menyalurkan emosi marah mereka dengan cara yang kurang tepat. Ada yang sanggup memaki hamun orang dan tak kurang juga ada yang sampai hati 'menjahanamkan aset sendiri dan orang lain'

Daniel Golemen, dalam bukunya Emotional Intelligence (1994) menyatakan bahwa “sumbangan IQ bagi kejayaan diri seseorang hanya sekitar 20 % dan bakinya  adalah 80 % ditentukan oleh serumpun faktor-faktor yang disebut Kecerdasan Emosional.

"Kalau Terlalu Ikutkan Marah Dan Kegagalan Mengawal Emosi Pada Hari Itu...
Mungkin Habis Benda Lain Pun Saya Langgar"

Manakala bagi menjayakan kecerdasan Emosi seseorang, ianya memerlukan kepada kecerdasan Spiritual (dalaman). Danah Zohar, pengasas istilah SQ (Kecerdasan Spiritual) dikatakan bahawa  IQ bekerja untuk melihat ke luar (mata fikiran), dan EQ bekerja mengolah yang ada di dalam (perasaan), maka SQ (spiritual quotient) menunjuk pada keadaan ‘pusat-diri dalaman’ ( Danah Zohar & Ian Marshall: SQ the ultimate intelligence: 2001). Kecerdasan ini adalah kecerdasan yang mengangkat fungsi jiwa dalaman diri yang memiliki kemampuan dan kepekaan dalam melihat makna yang ada di sebalik apa yang berlaku.

Maka, bagaimana dengan emosi marah anda ? Apakah kemarahan yang anda alami ini ada kaitan dengan kecerdasan  emosi diri atau bagaimana ? Apakah anda sudah bersedia untuk mengetahui apakah itu emosi marah, jenis -jenis kemarahan diri dan bagaimana untuk menyelesaikannya ?

 

Nantikan kupasan lanjut berkaitan isu ini pada hari Isnin, 19/01/2015, jam 08.45 pagi di RTM 1, Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan bagaimana menguruskannya melalui kaedah rawatan Hipnoterapi & diakui pengamalannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKMM) dari aspek merawat jiwa dan mental secara alternatif. Hubungi talian hotline kami untuk bercakap terus bagi menyelesaikan permasalahan emosi anda mulai sekarang.

[En Qiim, Pakar Klinikal Hipnoterapi]
-Penyampai Segmen Positif Pagi Isnin , SPM- 
kurtman20@yahoo.com
019-2044036
www.marahsangat.blogspot.com

Monday, 12 January 2015

TOPIK 2 : MEMAHAMI AGAR DIFAHAMI

Teknik Komunikasi Menggunakan Sistem Neuro Linguistic Programming (NLP)
- Visual , Auditori & Kinestetik-
(12/01/2015)

Objektif Topik Ini Adalah :
(1) Fahami manfaat komunikasi kederiaan anda saat berkomunikasi.
(2) Tahu strategi berkomunikasi dengan betul mengikut saluran maklumat deria anda
& orang lain ; dan
(3) Mengaplikasi secara terus teknik komunikasi persuasif kaedah NLP bagi menyelesaikan masalah jurang komunikasi diri dan orang lain.

Salam sukses, kaya dan berjaya buat penonton Positif Pagi Isnin, Selamat Pagi Malaysia (SPM).
Hai, apa khabar anda yang sedang membaca artikel ini ? Pasti anda berada di dalam keadaan ceria, sihat dan bertenaga.

Sudah semestinya anda tertanya-tanya, apakah topik yang bakal saya bicarakan pada hari ini bukan ?
Topiknya mudah diaplikasikan buat anda teman setia positif pagi Isnin bersama En Qiim, Pakar Hipnoterapi dari Smart Excel Consultant.

MEMAHAMI AGAR DIFAHAMI

* Apakah anda mengalami masalah berkomunikasi dengan rakan sekerja, pasangan, majikan, anak, guru dengan pelajar ?
* Apakah anda benar-benar memahami strategi komunikasi berkesan saat anda bercakap pada diri dan orang lain ?
* Apakah anda mahu menyelesaikan masalah komunikasi harian anda semudah ABC dengan menggunakan sistem pembelajaran Neuro Linguistic Programming (NLP) ?

INGAT !
 Apabila kita berkomunikasi, kita menggunakan 3 saluran komunikasi deria yang utama iaitu :-
(1) Deria Penglihatan (Visual)
(2) Deria Pendengaran (Auditori)
(3) Deria Sentuhan/Rasa (Kinestetik)

Contoh Komunikasi Gaya Visual 

"Awak bayangkan apa yang saya sedang cakap ni."
"Awak boleh nampak apa yang saya maksudkan ?"
" Lihat apa yang saya sedang perkatakan."
"Mari kita tonton sama-sama rancangan ini."
*Gaya individu ini bercakap amat laju.
*Suka kepada bentuk gambaran apabila bercakap 
& perlu pembuktian, suka pada penerangan yang berbentuk warna dll.

Komunikasi Dengan Orang Visual

Contoh Komunikasi Gaya Auditori

"Awak tak dengar ke apa yang saya kata tadi."
"Kita bincang di tempat tertutup."
"Saya mahu umumkan bahawa bonus pada tahun ini dibayar 2 kali ganda."
*Gaya komunikasi individu ini lebih cenderung kepada 'penceritaan'.
*Cara bercakap mempunyai nada tersendiri.
*Lebih banyak mendengar dan boleh mengulang kembali apa yang diperkatakan oleh orang yang berkomunikasi dengannya.
*Suka kepada perbincangan ditempat yang sunyi (terhindar dari kebisingan)
*Boleh menjadi pendengar yang baik.

Komunikasi Dengan Orang Auditori

Contoh Komunikasi Gaya Kinestetik

"Saya dapat rasa apa yang awak alami."
"Kata-kata yang keluar dari mulut awak amat menyentuh perasaan saya."
"Saya yakin bahawa impian saya dapat dicapai pada tahun 2015 ini."
"Saya sayang awak kerana awak sayang saya buat selama-lamanya."
 *Gaya komunikasi individu ini bila bercakap adalah 'perlahan' dan 'relaks'.
*Menyusun kata-kata dengan penuh perasaan.
*Suka kepada perkara yang lebih 'praktikal' berbanding mendengar dan melihat.
*Suka bermain dengan emosi saat berbicara dengan lawan bicara.

Komunikasi Dengan Orang Kinestetik

BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH KOMUNIKASI ANDA ?

Langkah 1 : Kenal pasti sistem saluran komunikasi lawan bicara anda (VAK) berdasarkan pada bahasa komunikasi yang dituturkan kepada anda.

Langkah 2 : Dengar pada nada suaranya, Apakah nada suaranya kuat, laju atau perlahan (satu persatu).

Langkah 3 : Gunakan kembali perkataan yang dituturkan oleh lawan bicara anda sehingga secara tanpa sedar dia sudah berjaya dipengaruhi (di peringkat minda bawah sedarnya).



SELAMAT BERAMAL !

Sunday, 11 January 2015

TOPIK 1 :APA YANG ANDA MAHUKAN ?

Positif Pagi Isnin 05/01/2015 Memulakan Langkah Pertama
Untuk Menambah NILAI KEHIDUPAN warga Malaysia.

Objektif Topik Ini Adalah :
Di akhir perbincangan, anda dapat :-
(1) Fahami prinsip 5 K dalam kehidupan anda.
(2) Hayati prinsip 5 K untuk kecemerlangan diri tahun 2015 ini ; dan
(3) Mengaplikasi 5 k dalam diri anda secara mudah mulai sekarang.
Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan semua. Terima kasih kerana memberikan sokongan yang padu kepada Positif Pagi Isnin yang bersiaran pada 5/01/2015 bagi menambah NILAI KEHIDUPAN anda, rakan sekerja, keluarga dan sebagainya.

*Apakah yang anda inginkan dalam kehidupan anda pata tahun 2015 ini ?
*Apakah perkara yang anda inginkan itu benar-benar anda inginkan ?
*Apakah pentingnay perkara tersebut pada diri anda ?
*Bagaimana anda ingin mendapatkannya ?

Jawapan kepada persoalan diatas, saya telah kongsikan bersama Tarance dan Rina baru-baru ini apabila Rina menyebut perkataan 'jambatan' saat mengulas isu jambatan runtuh di utara tanah air.

5 K  Untuk 2015 ?

Jika tahun ini anda mahukan 5 k dengan suatu azam, tekad, kemahuan dan tindakan yang betul...insyallah pasti anda mampu mendapatkannya. Apakah 5 K itu ?

(1) K : Kesihatan.
*Apakah anda mahu diri anda sihat ? Apakah pentingnya kesihatan pada diri anda ? Kesihatan bagaimana yang anda inginkan ?

(2) K : Kebahagiaan.
Anda mahu bahagia bukan ? Bahagia dari aspek apakah yang anda mahukan ? Besar atau kecil 'bahagia' yang anda mahukan itu ? Jauh atau dekat ? atau bagaimana ?


(3) K : Kesenangan.
*Ramai orang nak senang... namun berapa ramai orang yang melafazkan nak 'senang' itu melakukan TINDAKAN sebagai orang yang senang ? Senang yang bagaimana anda mahukan ? Senang dari aspek kewangan ? Bebas hutang ? Bebas dari bebanan emosi stres ? Emosi dan pemikiran yang berserabut ? Hanya anda sendiri yang mengetahuinya.


(4) K : Keberkatan
*Apakah wang gaji yang selama ini anda terima sama ada bekerja sendiri atau melalui organisasi anda benar-benar dalam kategori 'berkat' ? Berapa kali anda menghulurkan bantuan dari aspek tenaga, wang ringgit anda kepada mereka yang memerlukan ? Zakat bagaimana ? Hutang dengan orang bagaimana ? Jika anda merasakan 'rezeki anda tak cukup'  khususnya dari aspek kewangan, anda perlu memikirkan kembali bagaimana mahu keluar dari isu ini agar kehidupan anda menjadi berkat. Kalau tidak..... pasti akan terlepas kata-kata kita sama ada melalui sms/whatsApp kepada rakan atau teman kita walaupun kita 'berpangkat besar' seperti ayat "Tak guna jadi jurutera, kalau hutang tak bayar. Keluarga awak adalah tanggungjawab awak sendiri...bukan orang lain."



(5) K : Kesyukuran
* Bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Elakkan dari mengeluh. Kerana mengeluh itu menjadikan rezeki kita semakin tertutup. Elok-elok rezeki nak datang pada kita....dah lari bertempiaran. Kadang-kadang, kita kurang bersyukur pada Allah. Ada anak pandai, ada rumah selesa, cukup makan minum dan pakaian, namun ada juga kalangan manusia yang masih lagi mengeluh...mengeluh....dan mengeluh. Kesian orang yang berfikiran macam ini. Bagaimana pada tahun 2015 ini, dia mahu meneruskan kehidupannya ? Fikir-fikirkan.

Bagaimana Untuk Mendapatkan 5 k ini bagi tahun 2015 ?

Langkah 1 : Ubah Cara Anda Berfikir.
* Bagaimana ?
* Tambah ilmu kemahiran diri melalui bengkel-bengkel/seminaryang dikendalikan oleh pakar pembangunan diri  dalam pelbagai bidang seperti NLP (Neuro Linguistic Programming), Hipnoterapi, Emotional Freedom Technique (EFT), Kaunseling Pembangunan Diri, Coaching dan sebagainya.
*Jangan 'kedekut untuk keluarkan wang' demi membangunkan diri. Orang lain sudah kehadapan, anda bagaimana ?
 Langkah 2 : Ubah Emosi Diri Anda
* Bagaimana ?
* Jika anda berdepan dengan emosi sedih, cepat-cepat ubahkan posisi kedudukan badan anda. Tegakkan badan anda. Tarik nafas sedalam yang mungkin dan hembus keluar nafas anda dari mulut anda. Kemudian, pejamkan mata anda sambil bertanya, "Apa yang aku dapat jika aku teruskan emosi sedih ini pada diri aku ?". Pasti anda dapat jawapannya bukan ?

Langkah 3 : Ubah Tindakan Anda.
*Bagaimana ?
*Tanamkan kata-kata ini saat anda mahu tidur ke dalam pemikiran bawah sedar anda.
"Jika apa yang saya lakukan tidak menjadi. Buatlah dengan cara yang lain", sambil membayangkan tindakan anda bagi menyelesaikan isu yang ada di dalam pemikiran anda. Pasti anda bertemu dengan pelbagai tindakan yang unik.

LAKUKAN 3 LANGKAH INI MULAI SEKARANG. NAMPAKKAN HASILNYA. DENGARKAN SUARA PERUBAHAN DALAM DIRI ANDA & RASAKAN BAGAIMANA PERUBAHAN KEHIDUPAN ANDA PADA TAHUN 2015 .

" JIKA ANDA MAHU ADA MATLAMAT JELAS DALAM KEHIDUPAN ANDA, MAKA BERSAHABATLAH DENGAN MEREKA YANG ADA MATLAMAT JELAS"
(Qiim, Klinikal Hipnoterapis)

[ SELAMAT BERAMAL] 

DARI PENYAMPAI

Besarkan Jiwa Anda Dengan Kejayaan,Kekayaan & Kebahagiaan 2015
Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan pembaca sekalian. Tahniah kerana anda memilih untuk menonton dan mendengar rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) khususnya bagi segmen 'Positif Pagi Isnin' bersama penyampai anda, En Qiim, Ianya adalah permulaan terbaik buat diri anda bagi tahun 2015 ini.

2014 adalah tahun dimana pelbagai 'cabaran' melanda negara kita. Sudah pastinya cabaran demi cabaran yang diharungi kita selaku warga Malaysia menuntut kita mengharunginya dengan 'sabar dan redha'. Ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t adalah suatu rahmat yang sukar disingkap melalui 'mata kasar' kita. Hanya Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui hikmah disebalik cabaran yang diberikannya kepada kita.

Peristiwa MH17 Menjadi Igauan Ngeri Buat Warga Malaysia
-Al-Fatihah-

Yang pasti, semakin hari kita diberikan ujian olehNYA, semakin itu diri kita kuat dan hampir kepadaNYA. Jangan tinggalkaNYA tatkala kita susah, malah hampiriNYA Insyallah, pasti ada sinar yang menunggu kita dengan ceria pada tahun 2015 ini. Sambutlah tahun 2015 ini dengan semangat untuk mengubah sikap diri agar apa yang kita inginkan mudah dicapai dengan izin Yang Maha Kuasa. 
Tragedi 'BAH KUNING' Melanda Negara Penutup Tirai 2014

Gunakanlah medan perkongsian ilmu di dalam segmen Positif Pagi Isnin (Selamat Pagi Malaysia) selama 13 siri ini sebagai langkah memulakan perubahan diri anda. Tiada kegagalan dalam hidup ini. Yang ada hanyalah maklumbalas terbaik daripada kegagalan tersebut untuk anda mencipta kejayaan masa depan anda mulai sekarang. 

Segmen : Positif Pagi Isnin (Selamat Pagi Malaysia)
Masa : 08.45 pagi-09.00 pagi 
Saluran : RTM 1
Penyampai Segmen :
En Qiim
(Master Trainer Hypnotherapy)
(NLP Trainer, NFNLP-USA)
Smart Excel Consultant
www.klinikhipnoterapisec.webs.com
www.mus-mindasukses.blogspot.com

SALAM PERUBAHAN DARI SAYA UNTUK ANDA SEMUA.